Tuesday, 21 June 2011

RESEPI-SIRAP LAICI AIS PANDAN SPECIAL

Bahan-Bahan:
1 tin buah laici ATAU kira-kira 10 biji buah laici segar.
1-1 1/2 cawan atau kira-kira 4-8 sudu besar gula pasir.
4-7 sudu besar air sirap.
2 liter air (ikut kesesuaian).
beberapa ketul ais. 
beberapa helai daun pandan.
Cara penyediaan:
1.Masak air bersama gula dan daun pandan yang telah diikat sehingga mendidih.Pastikan rasanya sedang elok utk buat minuman. 
2.Toskan air yang dimasak tadi dan biarkan sejuk seketika.
3.Bagi buah laici segar,hendaklah dibuangkan kulitnya dan bijinya terlebih dahulu dan asingkan.Bagi buah laici yang dalam tin,tuangkan ke dalam bekas yang berlainan. 
4.Kemudian masukkan buah laici ke dalam jug yang mengandungi air yang telah disejukkan sebentar tadi dan kacau seketika.Pastikan air cukup manis dan masukkan ketulan ais.
5.Hidangkan

Cadangan Hidangan:
sesuai diminum ketika waktu tengah hari dan minum petang.Lagi elok diminum ketika cuaca panas.




SELAMAT MENCUBA...
HAK CIPTA SIRAP LAICI AIS CORNER.
     

No comments:

Post a Comment