Tuesday 21 June 2011

HOME SWEET HOME


SELAMAT DATANG KE BANDAR SERIAN

SERIAN LANDMARK
SERIAN,bagi yang mengenali bandar kecil ini atau pernah menjejakkan kai ke sini,pasti akan terpahat satu kenangan yang menarik dan indah serta tidak mampu diperolehi di mana-mana tempat di seluruh pelosok dunia ini.Begitu sinonim dengan Buah durian,yang juga menjadi ikon atau landmark bagi bandar kecil yang kini tengah rancak membangun.Serba sedikit info mengenai Bandar kecil ini,Daerah Serian terletak kira-kira 68km @ 40 batu daripada Bandar Raya Kuching. Ia merupakan sebuah bandar kecil yang menjadi tempat persinggahan sebelum memulakan perjalanan ke daerah lain di negeri Sarawak

PERMANDANGAN DI BANDAR SERIAN
Terdapat beberapa tempat yang menarik di Serian seperti tempat perkelahan Ranchan Pool,Kampung Panchor Hot Springs,Mayang tea(bukan Cameron Highland saja ada),Kampung Mongkos Home Stay(salah satu daripada Sarawak Homestay) dan juga Taman Danu(Tasik danu atau lebih dikenali dengan panggilan Tasik dalam kalangan Warga Serian. 

JAMBATAN GANTUNG RANCHAN


DIAMBIL SEMASA BERADA DI JAMBATAN GANTUNG RANCHAN

GAMBAR NI DIAMBIL SEMASA SAYA PERGI KE RANCHAN BARU-BARU NI
 Serian adalah pintu masuk ke negara jiran Indonesia melalui Pos Imigresen di Tebedu kira-kira 45 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Serian. Bandar Indonesia yang bersempadan dengan Tebedu ialah Entikong.Tabedu pernah menjadi tumpuan pelancong tempatan dan Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu kerana terdapat barangan jualan yang menarik dan agak murah dijual di sempadan negara jiran berkenaan. Kini tarikan jualan barangan sedemikian telah berpindah ke Serikin dalam daerah Bau, Kuching di mana peniaga-peniaga negara jiran membawa barangan jualan mereka untuk diniagakan.

RAJA BUAH @ IKON BANDAR SERIAN
Serian amat  terkenal dengan buah duriannya.Apabila tiba musim durian,bandar kecil ini akan dibanjiri dengan Raja Buah berkenaan dan dijual dengan harga yang berpatutan. Udang galah juga mudah diperolehi di sini dengan harga yang berpatutan. Udang galahnya memang sedap dan segar kerana dibekalkan oleh nelayan sungai dari kampung-kampung di sepanjang Batang Sadong (Sungai Sadong).Batang Sadong juga terdapat ombak gadang yang dipanggil benak tetapi tidaklah sebesar yang terdapat di Batang Lupar, Sri Aman.Benak ini boleh dilihat jika pergi ke Gedong yang terletak kira-kira 27km dari Bandar Serian.

Majoriti penduduk serian berketurunan Bidayuh diikuti Cina, Iban, Melayu dan lain-lain etnik. Kegiatan ekonomi utama nerupakan pertanian (pekebun kecil) dan penternakan. Tiada kawasan khusus perindustrian tetapi terdapat beberapa industri kecil dan kebanyakan anak muda daerah ini bekerja di bandar-bandar utama negeri dan di Semenanjung Malaysia, terutama negeri Selangor dan Johor.

No comments:

Post a Comment